Nuffnang Ads

Tuesday 3 May 2016

BUFC masuk LIga LISUS

Pada 30hb April dan 1hb Mei BUFC telah mengikuti liga LISUS yang dianjurkn di padang Yayasan Sabah. Dalam pertandingan tersebut BUFC berjaya melangkah ke separuh akhir sebelum tewas kepada pasukan Telaga FC dengan jaringan 1-0. BUFC telah mendapatkan tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.




Sunday 10 April 2016

BUFC vs RHINOS FC (Kudat) 09-04-2016

Buat pertama kali Pasukan BUFC menerima kunjungan daripada Pasukan Rhinos FC dari Kudat. Perlawanan persahabatan tersebut telah diadakan pada 09-04-2016 di padang All Saints Likas. Perlawanan berlangsung dengan sengit di mana pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat 2-2. Pada separuh masa kedua Pasukan BUFC telah membuat beberapa pertukaran pemain dan juga perubahan taktikal yang sekaligus memberikan kemenangan 5-2 kepada pasukan BUFC. Pasukan Rhinos FC menjemput Pasukan BUFC ke Kudat untuk perlawanan timbal balik. Pengadil yang mengadili perlawanan tersebut telah memberikan pujian kepada Pasukan BUFC kerana semua pemain bermain dengan penuh disiplin.  Tahniah diucapkan kepada Pasukan BUFC sebab mempamerkan permainan yang menarik dan semangat juang yang tinggi.









Tuesday 5 April 2016

BUFC vs SABAH MIX (03-04-2016)

Pada 03hb April 2016 jam 8:00 malam BUFC telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Sabah Mix yang kebanyakanya di barisi oleh beberapa bekas pemain yang pernah mewakili pasukan Negeri dan juga Kebangsaan. Dalam perlawanan yang begitu sengit pasukan BUFC terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki oleh Sabah Mix yang menyaksikan pasukan BUFC tewas 1-2. Namun selepas perlawanan tersebut pasukan BUFC mendapat pujian daripada pemain dan jurulatih Sabah Mix. Tahniah BUFC sebab mempamerkan permainan yang begitu baik dan menghiburkan.





Monday 28 March 2016

BUFC vs UNGGUN FC (25-03-2016)

Pada 25hb Mac (Good Friday) pasukan BUFC telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Unggun FC di padang All Saint Likas. BUFC berjaya menewaskan Unggun FC dengan keputusan 4-2. Tahniah kepada semua pemain-pemain BUFC yang telah menunjukkan kesungguhan dalam mengharungi perlawanan tersebut. Latihan yang berterusan akan memberikan keberkesanan dalam semua perlawanan.





Thursday 17 March 2016

BUFC vs THE THINOS ARMY ( 17-03-2016)

Perlawanan persahabatan yang pertama untuk bulan Mac BUFC mencatatkan kemenangan yang paling bermakna 2 - 1 mengalahkan pasukan The Thinos Army. Perlawanan berlangsung dengan sengit menyaksikan kedua - dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dengan berbalas serangan namun pasukan BUFC beraksi lebih cemerlang dan berjaya menewaskan pasukan lawan....Tahniah untuk pemain-pemain BUFC.








Sunday 28 February 2016

BUFC menyertai kejohanan 9 sebelah

Buat julung kalinya Pasukan BUFC telah menyertai pertandingan 9 sebelah anjuran Mara di IKM Sepanggar. BUFC telah menghantar 2 pasukan ke kejohanan tersebut. Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan telah berjaya menewaskan lawan masing-masing dengan keputusan 1-0 dan berjaya melangkah ke pusingan ke-2. Namun kedua-dua pasukan terpaksa akur di pusingan ke-2 dimana pasukan BUFC A tewas dlm penentuan sepakan penalti dan pasukan BUFC B tewas dengan jaringan 2-0. Semangat sepasukan dan setiakawan telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dan akan menyertai lebih banyak lagi pertandingan di masa akan datang.

TAHNIAH BUFC






Sunday 21 February 2016

Coaching Courses (Kursus Jurulatih Bolasepak)

From 18-21 February 2 of our team members attended the coaching course in football and successfully finished the course and qualified to be a coach for a team.

Dari 18hb-21hb February BUFC telah menghantar 2 orang untuk mengikuti kursus awalan kejurulatihan anjuran SAFA/FAM. Dengan penyertai kursus ini kedua - duanya kini layak bergelar jurulatih dalam pasukan BUFC....