Buat pertama kali Pasukan BUFC menerima kunjungan daripada Pasukan Rhinos FC dari Kudat. Perlawanan persahabatan tersebut telah diadakan pada 09-04-2016 di padang All Saints Likas. Perlawanan berlangsung dengan sengit di mana pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat 2-2. Pada separuh masa kedua Pasukan BUFC telah membuat beberapa pertukaran pemain dan juga perubahan taktikal yang sekaligus memberikan kemenangan 5-2 kepada pasukan BUFC. Pasukan Rhinos FC menjemput Pasukan BUFC ke Kudat untuk perlawanan timbal balik. Pengadil yang mengadili perlawanan tersebut telah memberikan pujian kepada Pasukan BUFC kerana semua pemain bermain dengan penuh disiplin. Tahniah diucapkan kepada Pasukan BUFC sebab mempamerkan permainan yang menarik dan semangat juang yang tinggi.
Nuffnang Ads
Sunday, 10 April 2016
Tuesday, 5 April 2016
BUFC vs SABAH MIX (03-04-2016)
Pada 03hb April 2016 jam 8:00 malam BUFC telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Sabah Mix yang kebanyakanya di barisi oleh beberapa bekas pemain yang pernah mewakili pasukan Negeri dan juga Kebangsaan. Dalam perlawanan yang begitu sengit pasukan BUFC terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki oleh Sabah Mix yang menyaksikan pasukan BUFC tewas 1-2. Namun selepas perlawanan tersebut pasukan BUFC mendapat pujian daripada pemain dan jurulatih Sabah Mix. Tahniah BUFC sebab mempamerkan permainan yang begitu baik dan menghiburkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)