Buat pertama kali Pasukan BUFC menerima kunjungan daripada Pasukan Rhinos FC dari Kudat. Perlawanan persahabatan tersebut telah diadakan pada 09-04-2016 di padang All Saints Likas. Perlawanan berlangsung dengan sengit di mana pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat 2-2. Pada separuh masa kedua Pasukan BUFC telah membuat beberapa pertukaran pemain dan juga perubahan taktikal yang sekaligus memberikan kemenangan 5-2 kepada pasukan BUFC. Pasukan Rhinos FC menjemput Pasukan BUFC ke Kudat untuk perlawanan timbal balik. Pengadil yang mengadili perlawanan tersebut telah memberikan pujian kepada Pasukan BUFC kerana semua pemain bermain dengan penuh disiplin. Tahniah diucapkan kepada Pasukan BUFC sebab mempamerkan permainan yang menarik dan semangat juang yang tinggi.
No comments:
Post a Comment