Nuffnang Ads
Monday, 28 March 2016
BUFC vs UNGGUN FC (25-03-2016)
Pada 25hb Mac (Good Friday) pasukan BUFC telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Unggun FC di padang All Saint Likas. BUFC berjaya menewaskan Unggun FC dengan keputusan 4-2. Tahniah kepada semua pemain-pemain BUFC yang telah menunjukkan kesungguhan dalam mengharungi perlawanan tersebut. Latihan yang berterusan akan memberikan keberkesanan dalam semua perlawanan.
Thursday, 17 March 2016
BUFC vs THE THINOS ARMY ( 17-03-2016)
Perlawanan persahabatan yang pertama untuk bulan Mac BUFC mencatatkan kemenangan yang paling bermakna 2 - 1 mengalahkan pasukan The Thinos Army. Perlawanan berlangsung dengan sengit menyaksikan kedua - dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dengan berbalas serangan namun pasukan BUFC beraksi lebih cemerlang dan berjaya menewaskan pasukan lawan....Tahniah untuk pemain-pemain BUFC.
Sunday, 28 February 2016
BUFC menyertai kejohanan 9 sebelah
Buat julung kalinya Pasukan BUFC telah menyertai pertandingan 9 sebelah anjuran Mara di IKM Sepanggar. BUFC telah menghantar 2 pasukan ke kejohanan tersebut. Pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan telah berjaya menewaskan lawan masing-masing dengan keputusan 1-0 dan berjaya melangkah ke pusingan ke-2. Namun kedua-dua pasukan terpaksa akur di pusingan ke-2 dimana pasukan BUFC A tewas dlm penentuan sepakan penalti dan pasukan BUFC B tewas dengan jaringan 2-0. Semangat sepasukan dan setiakawan telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dan akan menyertai lebih banyak lagi pertandingan di masa akan datang.
TAHNIAH BUFC
TAHNIAH BUFC
Sunday, 21 February 2016
Coaching Courses (Kursus Jurulatih Bolasepak)
From 18-21 February 2 of our team members attended the coaching course in football and successfully finished the course and qualified to be a coach for a team.
Dari 18hb-21hb February BUFC telah menghantar 2 orang untuk mengikuti kursus awalan kejurulatihan anjuran SAFA/FAM. Dengan penyertai kursus ini kedua - duanya kini layak bergelar jurulatih dalam pasukan BUFC....
Dari 18hb-21hb February BUFC telah menghantar 2 orang untuk mengikuti kursus awalan kejurulatihan anjuran SAFA/FAM. Dengan penyertai kursus ini kedua - duanya kini layak bergelar jurulatih dalam pasukan BUFC....
Thursday, 18 February 2016
Training on 17th Frebruary 2016
Training session for the upcoming game with KK Veterans on 22nd February 2016 at Padang D likas sports complex. This team still searching for sponsors for Jerseys and training kits....
Saturday, 13 February 2016
Perlawanan Persahabatan dengan Bank Rakyat
Perlawanan persahabatan dengan Bank Rakyat pada 13hb Februari 2015. Pasukan Borneo United FC berjaya menewaskn Pasukan Bank Rakyat dengan keputusan 4-1. Tahniah kepada semua pemain-pemain Borneo United FC...
Friday, 12 February 2016
Pasukan Berdaya Saing
Walaupun pasukan ini tidak mempunyai sebarang dana ataupun sebarang penaja, kesungguhan dan kecekalan semua pemain-pemain untuk hadir menjalani latihan-latihan dan perlawanan persahabatan menjadikan pasukan ini makin dikenali. Untuk setiap perlawanan persahabatan semua pemain-pemain akan membuat kutipan untuk membuat bayaran padang dan pengadil. Semangat setia kawan dan perjuangan semua pemain-pemain membentuk keakraban dan menjadikan mereka lebih berdaya saing.
Pasukan ini masih mencari - cari penaja yang dapat menaja jersi dan bola bagi mengharungi setiap latihan dan juga perlawanan persahabatan. Terdapat ramai pemain-pemain muda yang berlatih bersama pasukan ini dan mereka berpotensi untuk mewakili pasukan negeri dalam pelbagai peringkat umur di masa akan dating. Dengan tunjuk ajar bekas-bekas pemain negeri dan kebangsaan dan juga jurulatih-jurulatih negeri yang berwibawa, pemain-pemain dan juga pasukan ini akan jauh melangkah lebih maju dan kompetitif.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























