Walaupun pasukan ini tidak mempunyai sebarang dana ataupun sebarang penaja, kesungguhan dan kecekalan semua pemain-pemain untuk hadir menjalani latihan-latihan dan perlawanan persahabatan menjadikan pasukan ini makin dikenali. Untuk setiap perlawanan persahabatan semua pemain-pemain akan membuat kutipan untuk membuat bayaran padang dan pengadil. Semangat setia kawan dan perjuangan semua pemain-pemain membentuk keakraban dan menjadikan mereka lebih berdaya saing.
Pasukan ini masih mencari - cari penaja yang dapat menaja jersi dan bola bagi mengharungi setiap latihan dan juga perlawanan persahabatan. Terdapat ramai pemain-pemain muda yang berlatih bersama pasukan ini dan mereka berpotensi untuk mewakili pasukan negeri dalam pelbagai peringkat umur di masa akan dating. Dengan tunjuk ajar bekas-bekas pemain negeri dan kebangsaan dan juga jurulatih-jurulatih negeri yang berwibawa, pemain-pemain dan juga pasukan ini akan jauh melangkah lebih maju dan kompetitif.
No comments:
Post a Comment