Nuffnang Ads

Wednesday, 10 February 2016

Pengenalan Pasukan Borneo United FC

                  Borneo United FC merupakan sebuah kelab bolasepak yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 bagi melahirkan pemain-pemain yang berkaliber. Terdapat beberapa pemain yang cukup berbakat yang telah menyertai kelab ini yang terdiri daripada bekas pemain negeri dan sebagainya.

                  Pemain-pemain dari kelab ini juga sering kali mendapat tunjuk ajar daripada beberapa jurulatih-jurulatih negeri Sabah. Latihan diadakan setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad dimana pada setiap latihan 1 atau 2 bekas pemain negeri atau jurulatih negeri akan ada untuk memberikan tunjuk ajar dan pengalaman yang mereka perolehi semasa mewakili pasukan negeri atau kebangsaan. Setiap 2 minggu sekali akan diadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di sekitar Kota Kinabalu bagi menguji tahap kecergasan dan permainan setiap pemain.

                  Terdapat 1 bekas pemain yang pernah mewakili kelab Liga Perdana Inggeris ( Watford ) yang bermain untuk pasukan ini. Di samping menimba ilmu daripada jurulatih tempatan pasukan ini juga dapat sedikit ilmu daripada liga inggeris. Matlamat utama pasukan ini ialah untuk melangkah ke tahap yang lebih jauh disamping melahirkan pemain-pemain yang berwibawa bagi mewakili pasukan negeri ataupun pasukan kebangsaan.


 

No comments:

Post a Comment